makne nye terbaik dalm bahasa korea.
apa yg best sgt?
2)Oleh kerana Diana sudah mahu berangkat pulang ke tempat pengajiannya yang berada di Mesir dan berkemungkinan lagi 2 tahun akan datang baru pulang ke kampung halamannya di Ampang,makan beliau mengabil keputusan untuk bersiar2 menikmati keindahan Kuala Lumpur disamping menjalankan objektif yang tertera di atas page ini
3)Kami memulakan aktiviti ini dengan menaiki bas metro 79 yang mengenakan bayaran sebanyak Rm 1.50 dan menuju ke lokasi pertama iaitu Jalan Tunku Abdul Rahman(JLN TAR).Seperti yang anda sedia maklum,Jalan ini sememangnya penuh dengan pilihan verstail (pakaian,tudung2).Oleh itu anda digalakkan membawa wang yang lebih kerana berkemungkinan anda kempunan untuk membeli sesuatu barang tetapi tidak dapat dipenuhi.Diana membeli barang keperluan seperti timbang berat.katanya mahu meninbang barang untuk di bawa pulang.Tidak boleh melebihi berat(27kg/29kg).Setiap berat yang melebihi parasnya akan dikenakan bayaran mengikut kadar tertentu (1Kg=RM 60).Kemudian kami membeli barang seperti tudung.kasut crocs dan makanan)
4)kami menuruskan aktiviti ini dengan bersiar di Sogo.Memandangkan Sogo sedang offer .Maka cik Faiznur pun terpedaya dengan membeli Cadar katil berharga RM 23.80 selepas diberi discount 60%.(nasib baik lawa)
5)Memandangkan waktu itu 12.30 tgh hari.(terlalu awal untuk balik umah).Faiznur pun mengajak cik Diana untuk menonton wayang di Times Square.Sesudah sampai ke tempat yang di tujui,mereka mengambil keputusan untuk menonton wayang bertajuk Hikayat Merong Mahawangsa yang diterbitkan oleh KRU Production.Tayangan bermula jam 2.10 sementara itu kami menunaikan solat zohor.Tayagan selama 2 jam tidak membosankan kerana teknik dan garapan cerita yang menarik.Cerita yang memuaskan hati.Tidak rugi berlanja Diana.Bak kate diana"ini cerita melayu yang beast aku tgk.kalo 10 markah aku bg 9.5''.Sejak akhir2 ini serita melayu makin menjadi kegilaan .Bangga dengan pencapaian mereka dalam industri perfileman.Tetapi bagi orang yang tidak minat dengan sejarah,meraka kata cerita ini tidak best..Agak sedih apabila mereka berkata begitu.Tidakkah mereka seharusnya tahu sejarah yang sememangnya harus diingati...Badak muda zaman sekarang mudah lupa tentang sejarah ...amat menyedihkan....
6)Saya harap,pengalaman untuk hari itu tidak dapat dilupakan.Teriam kasih Diana kerana beri hadiah gelang(cantik).
Sekian,
.................
(FHMD)
2 comments:
ahahhaha..ko wt laporan ke ape?hahha sengal
kekeke
maklumlah dah lame x tulis karangan ,
maka jd mcm nie lah
Post a Comment